Friday 22 July 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 4)

Sudah tiga hari Rayyan langsung tidak menghubungi Tasya. Walaupun telah berkali-kali Tasya menelefonnya, namun Rayyan mengeraskan hati untuk menjawab panggilan tersebut. Mujurlah Tasya tidak mengetahui di mana dia tinggal. Kalau tidak, pasti Tasya sudah mencarinya di rumah.

Hari itu, Rayyan pulang ke rumah seperti biasa setelah selesai semua tugasnya sebagai seorang Penolong Pegawai Pemasaran di Hilmi Holdings Sdn. Bhd. Sampai saja di tempat parkir, Rayyan terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Tiba-tiba seorang wanita masuk melalui pintu sebelah pemandu. Rayyan yang terkejut terus menoleh.

"Hei, ni apa masuk kereta orang ikut suka hati nenek angkat you je ni?" tengking Rayyan apabila mendapati wanita itu adalah Tasya.

"Apa you cakap kasar-kasar dengan I ni sayang?" tanya Tasya dalam nada yang mengada-ngada.

"You nak apa lagi ni?"

"Kenapa you tak call I? Dah masuk tiga hari I tunggu you call I. I call you pun you tak angkat. Busy sangat ke you sampai tak ada masa untuk I?"

"You tanya I ni, I nak tanya you. You ada masa untuk I ke?"

"Hei, you yang salah you cakap I tak ada masa untuk you pulak. Penat I tunggu you tau. You tak sampai-sampai pun. dah you tak datang, I balik la."

"Hello, siapa kata I tak datang? I cuma lewat 10 minit je. Ye ke you balik lepas you fikir yang I takkan datang?"

"You cakap apa ni Rayyan? Betul lah I terus balik. Sakit hati I tau bila you mungkir janji."

"Hahaha... Tasya, Tasya... You buat i rasa nak tergelak la. Tak apa la. Ni you nak ke mana? tak reti-reti nak keluar dari kereta I ke? I nak balik ni. Mama I dah tunggu I depan pintu pagar dah," sengaja Rayyan berkata begitu supaya Tasya cepat keluar.

"Sayang, jom kita keluar makan. I lapar la," ajak Tasya.

"Sorry, I nak balik. Kalau you nak makan, I hantar you kat restoran mana-mana, then you makan la sorang-sorang."

"Hisy, benci lah you ni. Dah la. hantar I balik."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Cik Kiah, kau nampak tak lelaki yang baru keluar dari kereta Persona sana tu?" Insyirah menarik lengan Zakiah yang berada tidak jauh darinya.

"Yang mana? Yang pakai spek tu?"

"Ha la... Yang tu lah. Yang mana lagi. Kau ada nampak Persona yang lain ke?"

"Ok, ok. Kenapa dengan mamat tu? Kau minat kat dia ke? Uish, hensem tu. Tinggi, putih lagi. Yang syok tu sebab dia pakai spek. Kau kan suka lelaki pakai spek kan? hehehe..."

"Amboi, sempat lagi kau nak mengenakan aku ye? Itulah alien yang aku cerita kat kau hari tu. yang langgar aku time beli nasi hari tu. Jangan lah dia nampak aku."

"Kalau dia nampak kau pun kenapa?"

"A'ah ek... Hahaha..."

* Mengapakah Rayyan dipertemukan semula dengan Insyirah? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Nantikan sambungannya...........

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 3)

“Hah, awal pulak kamu balik Zikri. Selalunya selagi jam kat dinding tu belum pukul 1 pagi belum dengar bunyi enjin kereta kamu tu,” leter ibu Rayyan.

“Mama, please. Zikri nak naik dulu. Sakit kepala la. Nanti makan tengahari mama panggil Zikri tau,” pesan Rayyan kepada ibunya.

“Tu tak lain gaduh la tu dengan awek. Gaduh dengan yang mana satu pulak kali ni?”

Bukan Puan Ruzila tidak tahu perangai anak kesayangannya itu. Terlalu ramai perempuan dalam hidupnya. Puan Ruzila Cuma takut Rayyan Zikri mempermainkan perasaan perempuan. Sebagai seorang perempuan, pastinya dia tahu bagaimana rasanya jika dipermainkan.

Tanpa menghiraukan ibunya, Rayyan terus naik ke biliknya.

Duduk menghadap tingkap biliknya yang menyajikan pemandangan bukit-bukit menghijau di belakang rumahnya sangat menenangkan. Sambil melihat keindahan tersebut, Rayyan terfikir akan peristiwa tadi. Sungguh sakit hatinya apabila melihat Tasya bersama lelaki lain.

Tasya, kenapa kau buat aku macam ni? Kau ingat aku ni tunggul kayu ke? janji kau memang tak boleh pakai la. Hmm... Apa patut aku buat? Bukan sekali Tasya buat aku macam ni. Dah berkali-kali.

Mungkin dia buat aku macam ni sebab aku pun tak tepati janji aku kot. Mungkin dia saja nak buat aku cemburu. Takpe, nanti aku pujuk dia.

Ah... Bukan keperluan aku nak jaga hati Tasya. Dia pun tak pernah pujuk aku kalau aku marah. Aku je yang perlu mengalah dengan dia. Kalau aku tak bagi hadiah mahal, mahu sampai sebulan pun rajuk tak sudah.

Lantak kau la Tasya. Bukan kau sorang awek aku, yang aku perlu beri perhatian. Dia ada tak menambah, dia tak ada pun tak terasa berkurang. Peh, egonya aku.

Begitulah pemikiran Rayyan. Dia memang sudah lama tahu perangai Tasya. Tapi rasanya dia tak kisah, kerana dia hanya suka-suka seperti mana dia suka-suka dengan gadis-gadis yang lain. Padanya, hanya gadis-gadis itu yang inginkannya. Dia hanya mahu berkawan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Isy... Dah lebih 10 kali aku call tak nak angkat pulak dia. Dua hari aku tunggu dia pujuk aku, tapi hampeh. Ni mesti keluar dengan perempuan lain ni," rungut Tasya.

"Ala... Yang kau nak merungut tu kenapa? Biarlah kalau dia nak keluar dengan perempuan lain pun. Kau pun keluar dengan lelaki lain jugak kan? Datuk lagi. So tak payah nak membebel ye cik Tasya," tegur Kyra pada teman serumahnya itu. Sudah penat dia mendengar rungutan Tasya tentang hal yang sama. Sudah berkali-kali juga dia berpesan pada Tasya supaya tinggalkan Rayyan dan Datuk Hamidi yang mungkin punya niat tersendiri.

"Sibuk lah kau ni Kyra. Aku sayang Rayyan. Datuk tu lagi lah aku tak boleh tinggal. Macam-macam aku dapat dari dia tau. Kalau aku tinggal dia, mana aku nak dapat hadiah yang mahal-mahal tu? Tak boleh, tak boleh," itulah jawapan Tasya setiap kali dinasihati oleh Kyra.

"Ha'ah... Syang sangat lah kau kat Rayyan tu. Kalau kau sayang dia, tak adanya kau dengan Datuk tu. Memang kau dapat macam-macam dari Datuk tu, lepas tu apa yang kau kena bagi pada Datuk tu? Kau tak takut Rayyan tau hal ni?"

"Kalau bukan kau yang bagitau, Rayyan takkan tau hal ni."

"Yakin betul kau ye. Ko jangan lupa Tasya. Kalau bukan aku yang bagitau Rayyan pun, mungkin satu hari nanti Rayyan akan terserempak dengan kau time kau dengan lelaki lain. Entah-entah time kau keluar dengan lelaki yang sebelum-sebelum ni pun, Rayyan dah nampak."

"Kau tak payah la nak takut-takutkan aku."

"Tau kau takut. Aku cuma nak ingatkan kau je. Nanti kalau dah jadi jangan pulak kau kata aku tak ingatkan kau."

"Ye lah... Tau la aku nak buat macam mana nanti. Yang penting kau jangan bocor rahsia. Alamak, kau punya pasal aku dah hampir-hampir terlewat ni. Kejap lagi Datuk sampai."

"Tengok, dalam keadaan macam ni pun kau sempat lagi nak keluar dengan Datuk."

* Adakah Rayyan akan memutuskan hubungannya dengan Tasya? Nantikan sambungannya..............................

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 2)

"Hisy... Entah dari mana alien tu datang, tiba-tiba je nak marah-marah aku. Dia ingat dia bagus sangat ke? Bukan salah aku sorang tau. Dia pun salah jugak. Jalan tak pandang kiri kanan. Sakitnya hati aku. Dah la tak reti nak mintak maaf. Ya Allah, jauhkanlah aku dari lelaki macam tu," omel Insyirah sendirian.

Hatinya benar-benar sakit selepas pelanggaran tersebut. Dia meneruskan perjalanannya  ke arah kedai tempat dia bekerja. Masa rehatnya hampir terbuang begitu saja kerana asyik memikirkan rasa sakit hatinya terhadap lelaki yang melanggarnya tadi.

Setibanya di hadapan pintu kedai Insyirah teringatkan sesuatu.

"Eh, mana pulak perginya nasi bungkus aku tadi? Ala... Ni mesti terjatuh time berlanggar dengan alien tadi. Isy... Menyesal aku beli nasi kat mamak. Tak kisah walaupun mahal sebab teringin sangat nak makan nasi goreng pattaya punya pasal. Last-last macam ni pulak jadi."

"Syira, yang kau tercegat depan pintu, bercakap sorang-sorang tu kenapa? Dah buang tabiat ke?" Zakiah yang menyedari kepulangan Insyirah berasa pelik apabila rakan kerjanya itu tidak masuk dan seperti bercakap sendirian. Nasib baik tiada pelanggan di kedai mereka ketika itu.

Insyirah terus masuk ke bilik rehat, mengambil beberapa keping roti yang memang dijadikan stok mengalas perut mereka ketika bekerja.

"Hoi, makan roti je? Tadi kata teringin sangat nak makan nasi goreng pattaya mamak hujung sana?"

"Eh, kau diam la. Jangan nak tambah lagi sakit hati aku ni."

"Kenapa? Cecite,cecite."

Insyirah menceritakan segala yang terjadi dari awal hingga akhir kepada Zakiah. Dia berharap agar tidak bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Barulah Zakiah tahu mengapa rakannya ini sakit hati yang teramat. Mana tidaknya, gaji mereka tidak seberapa. Waktu pertengahan bulan begini, memang mereka perlu berjimat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alang-alang dah keluar ni, cuci mata la aku nampaknya. Balik rumah awal-awal kang mama sambung baca kitab. Nak pujuk Tasya, nanti dulu la. Eh, tu bukan ke...........................

Rayyan bersembunyi di sebalik tiang. Dia tidak mahu Tasya terlihatkannya. Sakit hati yang Rayyan tanggung semakin menggunung apabila melihat perangai gedik Tasya di sebelah lelaki tua itu.

Takkan la ayah dia pulak. Mengada sungguh. Berbulu mata aku tengok. Patutlah takde kat restoran tadi. Pergi menggatal dengan si tua tu rupanya. Tak apa. Tau la apa aku nak buat.

Niat untuk berjalan-jalan dibatalkan gara-gara perasaan sakit hati. Terus saja Rayyan menuju ke arah tempat parkir untuk mengambil keretanya. Saat ini dia hanya ingin pulang ke rumah. Biarlah walaupun ibunya akan berleter panjang.Biliknya adalah satu-satunya tempat yang boleh menenangkannya.

* Benarkah Insyirah tidak akan dipertemukan dengan Rayyan lagi? Apakah yang bakal berlaku ke atas hubungannya dengan Tasya? Dapatkah Rayyan menenangkan hatinya? Nantikan sambungannya.......

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 1)

"Opps... maaf encik. Saya tak perasan."

"Tak perasan? Mata kau letak kat mana? Mata tu kalau kau letak kat lutut pun boleh nampak la. Kau letak kat belakang kepala ke?"

Sudahlah terlewat, dalam keadaan tergesa-gesa, Rayyan berlanggar pula dengan seorang gadis yang entah dari mana datangnya. Walaupun dia tahu bahawa dia juga bersalah, namun perasaannya lebih tertekan jika buah hatinya mengamuk akibat kelewatannya.

"Encik, saya dah mintak maaf kan? Yang encik nak marah-marah saya ni kenapa pulak? Bukan salah saya sorang, encik pun salah jugak," gadis itu mempertahankan dirinya.

Tanpa meminta maaf, Rayyan terus berlalu meninggalkan gadis itu. Malas mahu meneruskan pertelingkahan kecil itu yang akan membawa kepada kelewatannya yang sudah sememangnya lewat. Adalah lebih baik jika dia segera untuk mendapatkan Tasya yang sudah pasti sedang menunggunya dengan hati yang panas menggelegak. Bukan dia tidak tahu yang Tasya amat mementingkan ketepatan masa dalam apa jua hal.

Setibanya di restoran yang dijanjikan, Rayyan terkejut kerana Tasya tiada. Ahh... Pasti Tasya merajuk lagi dengannya. Sudahnya Rayyan juga keluar dari restoran itu dengan hati yang sebal.

"Apalah malangnya nasib aku hari ni. Dah la kena leter dengan mama pagi-pagi, terlanggar pulak dengan entah sapa-sapa tadi, awek aku pulak merajuk. Aduh... Jenuh lah aku nak pujuk dia. Koyak lagi la poket aku. Kalau tak pujuk dengan hadiah mahal-mahal, tak jalan la. Kalau tak sebab perempuan tadi tu, mesti Tasya masih kat situ lagi. Eh, cakap sorang-sorang pulak aku ni. Kang tak pasal-pasal orang ingat aku gila."

Sambil melangkah, mata Rayyan tidak berhenti dari memandang sekeliling.

Alang-alang dah keluar ni, cuci mata la aku nampaknya. Balik rumah awal-awal kang mama sambung baca kitab. Nak pujuk Tasya, nanti dulu la. eh, tu bukan ke.......................................

* Apakah yang akan berlaku seterusnya? Siapakah yang dilihat oleh Rayyan? Berjayakah Rayyan memujuk Tasya? Nantikan sambungannya...