Monday 8 August 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 11)


Apa yang patut aku lakukan sekarang? Perlukah aku terima dia? Perlukah aku bantu dia? Argh.... Macam mana ni?
Sakit kepala Rayyan memikirkan tentang ayahnya dan juga Zairi. Dia masih lagi keliru. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Tiba-tiba pandangan matanya tertancap pada senaskah buku pemberian Aziem tempoh hari.

Ya Allah, betapa lalainya aku selama ini.
Telefon bimbit milik Rayyan berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Terus dicapai lalu dibuka pesanan tersebut.

Salam, En. Rayyan. Maaf mengganggu. Lama tak Nampak, dengar khabar pun tidak. Busy ke? Ok lah. tiba-tiba je saya teringat kat encik. Harap encik sihat-sihat selalu. Salam.
Pesanan dari Insyirah membuatkan hati Rayyan terdetik. Ya, dia hamper terlupa akan Insyirah. Janjinya pada Insyirah untuk keluar makan bagi menebus kesalahannya tempoh hari dibiarkan sepi saja.

Ah, mungkinkah dia boleh bantu aku?
“Assalamualaikum, Syira,” salam Rayyan ketika Insyirah menjawab panggilan telefon darinya.

“Waalaikumsalam, En.Rayyan. Maaf la kalau mesej saya tadi mengganggu. Saya Cuma teringatkan encik je tadi.”

“Awak teringatkan saya? Ada apa-apa ke?”

“Eh, tak ada lah. Tiba-tiba je teringat. Encik tengah ada masalah ke?”

“Tak adalah. Saya ok je. Awak free tak sekarang?”

“Setakat ni free la. Kenapa encik?”

“Saya ingat nak ajak awak keluar makan la.”

“La, dah malam ni. Tak nak la saya.”

“Ala, tolong la. Saya lapar la. Awak temankan saya makan boleh tak?”

“Hah? Eh, tak nak la.”

“Tak nak taka pa lah. Assalamualaikum,” terus Rayyan menekan punat berwarna merah mematikan panggilan.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hati Insyirah berdebar-debar menunggu seseorang di restoran tersebut. Pagi tadi lelaki tersebut menghubunginya dan mengajaknya untuk keluar makan tengahari bersama di situ. Pelawaan untuk dijemput di tempat kerja ditolak Insyirah dengan alasan tidak selesa. Beberapa minit menunggu di situ, insan yang ditunggu muncul di hadapan matanya.

"Assalamualaikum, dah lama ke tunggu saya?" tanya Rayyan.

"Waalaikumsalam, baru je sampai. Belum sempat lagi saya nak marah-marah awak dalam hati kalau awak lambat," jawab Insyirah sambil tersenyum.

"Amboi, perli saya ke?"

"Tak ada lah. Kalau ya pun apa salahnya. Bukan selalu pun. Haha,"

"Maaf ya kalau saya buat awak tertunggu-tunggu."

"Tak apa."

"Jom lah kita ambil makanan. Orang dah makin ramai tu. Nanti lambat pulak awak nak masuk kerja balik. Saya tak apa, saya EL hari ni," terang Rayyan.

"Jom lah."

Kemudian mereka makan dalam keadaan yang senyap. Baik Rayyan mahupun Insyirah tidak mahu memulakan bicara. Rayyan pula merasakan bahawa dia perlu menunggu sehingga mereka habis makan.

"Syira, boleh saya tanya awak sikit?" Rayyan memulakan bicara.

"Tanya apa, Encik Rayyan?"

"Isy awak ni. Tak payah lah nak berencik-encik dengan saya. Panggil saya Rayyan je."

"Oh, ok. nak tanya apa?"

"Kalau awak ada masalah awak luahkan pada siapa?"

"Eh, tiba-tiba je ni. Kenapa? Awak ada masalah ke?"

"Saja je tanya. Maaf la kalau awak rasa tak selesa. Saya tau kita baru kenal. Tapi saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa senang sangat nak bercerita dengan awak."

"hmm, tak apa. Macam ni lah. Kalau saya, saya akan luahkan pada kawan baik saya, Zakiah. Tapi bak kata orang, bukan semua masalah boleh selesai dengan sekelip mata. Bukan semua masalah saya boleh saya selesaikan dengan bantuan Zakiah. Kadang-kadang dah cuba banyak kali untuk cari jalan penyelesaian tapi tetap tak jumpa kuncinya. Jadi jalan terbaik ialah, mengadu pada Allah. Dia kan Maha Mengetahui segalanya," jelas Insyirah panjang lebar.

"Macam mana pulak kalau kita dah mengadu pada Allah tapi tetap tak dapat jawapannya?"

"Kalau mengadu dengan Allah bukan sekali je, tapi kena buat banyak kali. Dan yang penting kenalah yakin. Kejap, cuba awak beritahu saya, awak ada masalah ke? Ceritalah kalau awak tak kisah. Mana tau kalau-kalau saya boleh bantu."

"Entah lah, hidup saya tunggang terbalik saya rasa. Bertahun-tahun saya membesar dengan  kenyataan bahawa saya cuma ada mama, tiba-tiba saya dapat tahu yang kenyataan itu adalah palsu. Muncul pulak seorang lelaki yang mengaku ayah saya yang minta bantuan saya untuk mendermakan buah pinggang saya demi menyelamatkan seorang lagi lelaki yang dikatakan adalah kembar saya. Kalau awak jadi saya, apa awak buat?"

Agak lama Insyirah terdiam, mencari dan menyusun kata-kata yang ingin diluahkan kepada Rayyan.

Mak ai. Besarnya masalah dia. Macam mana ye? Aku tak pernah alami. Tapi macam mana dan apa yang akan aku lakukan jika aku berada di tempat dia?

Rayyan pula menunggu dengan sabar akan jawapan dari Insyirah. Dia benar-benar ingin mendengar pandangan dan pendapat dari Insyirah.

"Macam ni lah Rayyan. Saya memang tak pernah alami apa yang awak alami sekarang. Tapi saya cuma boleh kata kat awak, cuba minta petunjuk dari Allah. Tapi saya rasa kalau saya jadi awak, saya akan setuju dengan permintaan ayah awak tu. Even kalau diorang bukan ayah dan kembar awak sekali pun, tak salah kan kalau kita nak beramal? Membantu orang yang memerlukan," Insyirah memberikan pendapatnya.

Setelah mendengar pendapat Insyirah yang dirasakan sama seperti pendapat dari Aziem, Rayyan mengubah topik perbualan mereka supaya keadaan tidak nampak tegang. Habis masa satu jam setengah, mereka masing-masing meminta diri.Nasib baik restoran itu berdekatan dengan butik tempat Insyirah bekerja. Jadi Insyirah tidak akan terlalu lewat untuk sampai ke butik.

*Apa yang akan berlaku seterusnya? Nantikan sambungan dalam Part 12..................................