Tuesday 2 August 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 8)

Malam itu selepas mengambil Zakiah yang baru saja habis kerja mereka singgah di restoran mamak berdekatan dengan butik kerana Zakiah ingin makan sebelum pulang. Sambil makan, mereka berborak sesame mereka.

“Cik Kiah, kau nak tau tak? Tadi aku jumpa dengan Abang Fiq,” cerita Insyirah apabila Zakiah menyuap baki nasi gorengnya yang terakhir.

“Hah? Kat mana kau jumpa dia? Bila?” tanya Zakiah.

“Aku jumpa dia kat kedai makan lepas aku balik merayap tadi. Yang kelakar, dia dengan kawan dia. Tapi aku tak pandang pun kawan Abang Fiq tu sebab syok sangat borak dengan dia. Lepas abis borak aku blah macam tu je. Entah siapa lah mamat tu tadi. Tengok dari belakang time aku nak pergi kat Abang Fiq, macam hensem. Hahaha.”

“Ada-ada saja kau ni Syira. Dah la jom balik. Dah pukul berapa ni. Esok aku cuti tapi kau tu yang kerja. Kalau bangun lewat jangan nak salahkan aku pulak,” ajak Zakiah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Jangan ambil! Itu aku punya! Jangaaaannnnnnn!!!!!” jerit Rayyan lalu terjaga dari tidur.

“Zikri! Zikri! Kamu kenapa ni?” tanya Puan Ruzila sebaik saja mendapatkan Rayyan setelah mendengar jeritan anak kesayangannya itu.

Rayyan hanya mendiamkan diri. Ingin meredakan nafasnya yang kencang setelah diganggu oleh mimpi aneh tadi. Dia bagaikan tertanya-tanya apakah maksud mimpi tersebut. Bukan baru sekali ini dia bermimpi begitu. Malah sejak sebelum menjadi pengapit Shafiq lagi.

“Sudah lah. Kamu tidur semula yang Zikri. Mimpi tu mainan tidur je. Tidur ya anak mama sayang.”

Rayyan hanya menurut apabila mamanya berkata begitu. terasa selesa apabila Puan Ruzila mengusap-usap rambutnya sehinggalah dia tertidur. Dan tidurnya lena hingga ke pagi.

Setelah siap untuk ke pejabat, Rayyan turun dan mendapatkan mamanya yang sudah menunggu di meja makan untuk bersarapan.

“Hah, dah siap dah anak mama? Mari duduk sarapan. Hari ni mama buat nasi goreng kegemaran Zikri.”

“Hmmm, sedapnya bau dia mama. Mesti sedap ni,” Rayyan memuji.

“Nak bawak bekal ke?”

“Ala mama ni, Zikri bukan budak sekolah lagi nak bawak bekal semua.”

“Tak salah kan. Boleh makan kat pantri nanti.”

“Tak payah la mama. Ni pun dah cukup.”

Mereka bersarapan dengan berselera sekali. Lebih berselera Rayyan apabila mendapat nasi goreng ikan bilis buatan Puan Ruzila. Sudah lama mamanya tidak menghidangkannya nasi goreng kegemarannya itu.

Apabila teringatkan mimpinya malam tadi, Rayyan bertanya pada mamanya.

“Ma, kenapa Zikri selalu mimpi benda yang sama ya? Dah banyak kali Zikri mimpi macam malam tadi. Tapi Zikri hairan. Kenapa?”

“Apa yang Zikri mimpikan tu?”

“Zikri mimpi, ada sorang lelaki yang wajahnya serupa dengan Zikri. Macam kembar. Tapi yang peliknya, dia tak cakap apa-apa. Yang menakutkan tu, dia ambil satu dari buah pinggang Zikri. Eeee... Takut betul Zikri time tu.”

Puan Ruzila sudah tidak sedap hati. Patutkah Zikri mengetahuinya? Bagaimana dengan penerimaan Zikri nanti? Dapatkah Zikri menerimanya dengan hati yang terbuka?

“Mainan tidur aje kot. Dah lewat ni, nanti pukul berapa pulak baru kamu sampai pejabat. Tak elok la kalau masuk kerja lambat. Zikri tak pernah masuk lambat kan?” kata-kata Puan Ruzila mematikan niat Rayyan untuk menyambung kata.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Saya dah cakap kat awak awal-awal lagi kan. Saya tak tau macam mana nak bagitau Zikri pasal hal ni." kata Puan Ruzila.

"Tolonglah Zila. kali ni je saya mintak awak tolong saya. Nyawa Zairi dalam bahaya. Doktor kata cuma Zikri je yang boleh selamatkan Zairi," pinta Encik Zainal.

"Awak ingat senang ke nak bagitau Zikri? dah dekat 28 tahun dia hidup sendiri. Tiba-tiba kita nak bagitau dia yang dia ada kembar yang sedang tenat? Cuba kalau dulu awak tak pisahkan mereka, semua ni takkan jadi serumit ni."

"Iya, saya tau saya pernah buat silap. Tapi awak kena ingat, Zairi pun anak awak jugak. Bukan Zikri sorang. Takkan sampai hati awak nak biarkan anak awak mati macam tu saja?"

"Oh, pandai awak ya. Siapa kata saya tak sayang Zairi? Kalau saya tak sayang Zairi, tak ada saya telefon awak banyak kali, minta untuk jumpa dengan Ziri walaupun sekejap. Ada awak izinkan? Awak kata, awak haramkan saya jumpa Zairi sebab Zairi tak kenal saya. Dan sekarang awak boleh tanya saya soalan bodoh tu? Ibu mana yang tak sayang anak? Saya yang mengandungkan Zikri dan Zairi, saya yang lahirkan mereka. Awak tau apa? Pisahkan mereka, larikan Zairi. Separuh gila saya dibuatnya," pecah sudah empangan air mata Puan Ruzila yang ditahan sejak tadi.

Lelaki ini yang pernah menjadi suaminya 30 tahun lalu, kemudian menggantungnya tidak bertali, kini berkata soal sayang anak padanya. Sungguh Puan Ruzila tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan Encik Zainal setelah bertahun-tahun lamanya. Namun mengapa pertemuan mereka di atas sebab yang sangat membuat hatinya derita?

Bagaimana agaknya wajah Rayyan Zairi? Adakah seiras dengan wajah Rayyan Zikri? Itu tidak mustahil kerana mereka adalah kembar. Hatinya meronta-ronta ingin bertemu dengan Zairi setelah bertahun-tahun terpisah. Namun, bagaimana harus disuarakan kepada Rayyan?

"Tolonglah Zila, tolonglah saya. Saya merayu pada awak. Saya tak nak Zairi pergi. Saya nak Zairi selamat. Saya janji, apabila Zairi dah selamat nanti, saya akan ceritakan semuanya pada Zairi," rayuan Encik Zainal melembutkan sedikit hati Puan Ruzila.

"Nantilah saya fikirkan. Beri saya masa."

"Jangan ambil masa yang terlalu lama Zila. Zairi dalam bahaya."

* Bagaimanakah penerimaan Rayyan Zikri tentang ayah dan kembarnya? Dapatkah dia menerimanya dengan hati yang terbuka? Nantikan sambungannya...............................