Tuesday 2 August 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (Chapter 9)

Hari ini, Rayyan menjejakkan kakinya ke butik yang mengingatkan dia pada gadis bernama Insyirah. Bukan untuk membeli baju, tetapi untuk bertemu dengan Insyirah. Sejak Shafiq memberitahu nama gadis tersebut, nama Insyirah sentiasa bermain di ingatannya.

"Hai, selamat datang," sambut seorang gadis.

Alamak, mamat ni la. Kenapa dia datang sini pulak?

"Hai, Insyirah kan?" tanya Rayyan.

Eh, mana pulak dia tau nama aku ni? Kacau betul.

"Insyirah kan?" tanya Rayyan sekali lagi apabila dilihat Insyirah memandangnya dengan pandangan yang pelik.

"Mana encik tau nama saya?"

"Hehe, awak jangan risau la. Saya kenal dengan abang sepupu awak, Shafiq. Dia kawan saya sejak dari universiti lagi."

"Oh, ni datang nak beli baju ke?"

"Eh, tak lah. Saya nak ajak awak keluar minum."

"Maaf la, saya tak keluar dengan orang yang saya tak kenal. Terutamanya lelaki," tolak Insyirah.

"Awak jangan salah faham. Saya cuma nak ajak awak keluar minum je. Lagipun dulu saya yang salah, tapi saya tak minta maaf pun kat awak kan. Nasi awak pun saya tak ganti balik."

"Eh, tak apa. Saya tak kisah. Saya memang suka kena marah dengan orang," perli Insyirah.

"Tolong lah. Selagi awak tak keluar dengan saya, saya akan datang sini hari-hari sampai awak keluar dengan saya."

"Eee... Melampau la awak ni."

"Kalau awak takut saya apa-apakan awak, awak boleh ajak Zakiah sekali."

"Zakiah pun awak kenal?"

"Yang tu nantilah saya ceritakan pada awak. Yang penting awak keluar dengan saya."

"Nanti lah saya fikirkan. Tinggalkan nombor telefon awak nanti saya call balik."

"Ok, ni kad saya. Call tau."

Rayyan terus keluar dari butik tersebut. Hatinya benar-benar berharap agar Insyirah menerima pelawaannya. Sejak bertemu dengan Insyirah ketika sedang minum bersama Shafiq, perasaannya berlainan sekali. Apabila Shafiq menceritakan tentang keluarganya, perasaan kasihan semakin bertambah-tambah.

Sejak itu juga, Rayyan kurang keluar malam. Keluar pun jika rakan-rakannya mengajak untuk minum. Sudah tidak lagi seperti dahulu. Keluar untuk berpeleseran dengan gadis-gadis cantik. Gadis-gadis itu juga hanya mendekatinya apabila dia berbelanja untuk mereka.

Tasya juga entah apa cerita. Senyap tiba-tiba sejak ditinggalkan bersendirian di restoran tempoh hari. Dia sudah tidak ambil kisah dengan Tasya. Biarlah Tasya terus bergelumang dengan lelaki-lelaki kaya itu.

Nasib baik aku tak lemas dengan godaan Tasya. Bukan sekali dua dia goda aku. aku tau lah aku ni kacak lagi bergaya. Duit pun ada. Hahaha. Riak pulak aku. Sekarang ni nak tackle Insyirah pulak. Hahaha.

Di matanya terbayang-bayang wajah Insyirah.

Dia bukanlah cantik sangat. Pempuan-pempuan lain yang aku pernah kawan pun ramai je yang lebih cantik dari dia. Tapi kenapa dengan dia aku rasa lain? Macam ada letrik la bila aku pandang mata dia. Hahaha. Aku suka muka dia yang sweet tu. Suara walaupun agak brutal, tapi tetap ayu. Suka pulak aku tengok dia pakai selendang belit-belit tu. Hahaha.

"Hoi!" sergah satu suara dari belakang.

"Oi, mak hang tergolek."

"Hahaha, muka hensem, badan boleh tahan tough, sekali kena sergah melatah daaa...." Afiq Aziem dan buah hatinya Iffa tergelak dengan telatah Rayyan.

"Entah kau ni Rayyan. Buat malu je. Kan by kan?" sambung Iffa.

"Hah, gelak la, gelak. Korang memang, kalau bab-bab sergah ni, bagilah kat korang. Ni korang buat apa kat sini ni? Tau lah hari minggu. Merayap je kan? Bila nak kawin? Sakit mata aku tengok korang ni. Berkepit je."

"Kau jeles la tu. Shafiq dah kawin, kami nak bertunang dah. Kau saja yang kesepian." kata Aziem.

"Kesepian? Sorry sikit ek. Tengok orang la. Muka macam ni punya hensem korang kata kesepian?"

"Ye la, masalahnya tak pernah aku dengar kau lama dalam sesuatu perhubungan dengan perempuan. Paling lama pun Tasya kot, dekat setahun kan?" tanya Iffa.

"Tasya dah jadi sejarah dalam hidup Rayyan Zikri ok. Jangan kau sebut-sebut lagi nama tu depan aku. Hahaha."

"Oh, ye ke?" Aziem memandang dengan pandangan tidak percaya.

"Betul la. aku dapat duit ke kalau aku tipu korang? Tak ada motif ok."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Syira, tu bukan mamat langgar kau hari tu ke?" tanya Zakiah.

"Ye la, dia ajak kita keluar minum dengan dia."

"Hah? Biar betul. Baru kenal dah ajak keluar? Eh, kejap. Kau kata tadi kita? Kau dan aku?" Zakiah tidak percaya.

"Iya, dia siap sebut nama kita lagi. Pelik jugak aku, macam mana dia tau nama kita? Dia kata dia kenal dengan Abang Fiq, tapi macam mana pulak dia boleh tau kami sepupu?"

"Entah-entah dia kot mamat hensem yang kau kata dengan Abang Fiq tu?"

"Isy, takkan la."

"Mana la tau. Habis tu jadi ke keluar dengan dia? Macam mana nak bagitau dia keputusan kau nanti?"

"Ni, dia bagi kad dia. Rayyan Zikri bin Zainal. Penolong Pegawai Pemasaran, Hilmi Holdings Sdn. Bhd." Insyirah membaca.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rayyan pulang ke rumah selepas minum dengan Aziem dan Iffa. Dia ingin makan tengahari bersama Puan Ruzila. Setelah memberi salam dan beberapa kali tidak bersambut, Rayyan melangkahkan kaki untuk naik ke biliknya.

Mama kat bilik kot. Tak apalah. Baik aku tukar baju dulu. Nanti boleh tolong mama masak. Dah lama aku tak tolong mama. Rumah ni bukan ada bibik.

Ketika melewati pintu bilik Puan Ruzila, Rayyan terdengar suara mamanya yang seakan bercakap sambil menangis. Tidak pernah dia melihat atau mendengar mamanya menangis. Ini adalah kali pertama. Mama yang disangka seorang yang kuat, kini menangis. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

Rayyan mengintai dari ruang pintu yang tidak bertutup rapat. Dilihat Puan Ruzila sedang bercakap di telefon sambil menghadap tingkap dan sedang menangis.

"Saya tak tau macam mana nak cakap dengan Zikri. Saya takut Zikri tak boleh terima. Macam mana saya nak bagitau Zikri?" kata Puan Ruzila.

"Cuba awak kat tempat Zikri, apa awak rasa bila awak sorang-sorang selama 28 tahun, tiba-tiba awak dapat tau awak ada kembar?" tambah Puan Ruzila.

"Susah lah cakap dengan orang macam awak ni," terus ditekan punat merah pada telefon bimbitnya dan berpusing ke arah pintu.

"Zikri!" berubah wajah Puan Ruzila.

"Siapa tadi mama? Betul ke apa yang Zikri dengar? Zikri ada kembar? Betul ke ma?" Rayyan bertanya tidak percaya.

"Zikri dengar dulu apa yang mama nak cakap. Bagi mama jelaskan hal yang sebenar."

"Kenapa baru sekarang mama nak jelaskan? Kenapa tak dari dulu lagi mama jelaskan?"

"Keadaan memaksa mama untuk rahsiakan semua ni dari Zikri. Lagipun Zikri dengan Zairi tak pernah berjumpa. Ayah dah bawak Zairi lari sejak umur kamu berdua dua hari lagi."

"Jadi betul la Zikri ada kembar? Ayah? Mama kata ayah dah meninggal. Kenapa sekarang Zikri ayah masih hidup pulak?"

"Zikri, sabar sayang. Mama masih muda masa tu. Mama benci dengan ayah kamu yang pergi tinggalkan mama macam tu je. Dan mama kecewa bila ayah kamu bawak lari Zairi. Ayah kamu tak izinkan kita jumpa dengan Zairi."

"Abis tu sekarang ni apa pulak yang diorang nak dari kita? 28 tahun baru nak muncul."

"Zairi sakit, dan dia perlukan penderma buah pinggang. Jadi, doktor kata hanya Zikri yang sesuai untuk jadi penderma."

"What? Nonsense. 28 tahun baru nak muncul dalam hidup Zikri, Zikri tak kenal dia siapa, tiba-tiba nak ambil buah pinggang Zikri? No way!" bantah Rayyan sambil menuruni anak tangga.

"Zikri, tolong sayang. Zikri saja yang boleh tolong Zairi. Zairi dah tak banyak masa sayang. Kalau kita lambat, nanti Zairi makin teruk. Tolong sayang," rayu Puan Ruzila sambil mengekori langkah Rayyan.

Rayyan tidak menghiraukan Puan Ruzila. Terus dicapai kunci kereta untuk keluar. Rayyan memandu keluar keretanya. Tetapi tidak tahu ke mana arah tuju. Dia sedar yang dia sudah terkasar bahasa dengan mamanya. Tetapi fikirannya buntu, masih terkejut dengan apa yang baru diterima. Kenyataan yang amat payah untuk ditelan.

Akhirnya Rayyan berhenti di tepi jalanraya yang agak tinggi. Terasa segar udara di situ kerana tempat tersebut agak redup dan tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Dia bersandar pada pintu keretanya sambil melihat awan yang membiru. Tiba-tiba hadir rasa berdosa apabila teringat bahawa dia meninggikan suara pada ibunya.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello," jawab Rayyan.

"Hello, Encik Rayyan Zikri bin Zainal ke?" tanya pemanggil di sana.

"Ya, siapa ni?"

"Saya Insyirah. Just nak bagitau pasal awak nak belanja minum tu."

"Oh, sorry ya Insyirah. Saya ada hal sikit. Nanti saya call balik ya."

"Oh, ok. Maaf lah kalau saya mengganggu. Assalamualaikum," lalu Insyirah mematikan panggilan.

* Apa yang akan dilakukan oleh Rayyan? Bagaimanakah hubungan ibu dan anak tersebut? Dapatkah dipulihkan? Bagaimana pula dengan Insyirah? Nantikan sambungannya.................................